Makanan Warisan Terengganu




Makanan Warisan Terengganu

            Negeri Terengganu mempunyai pelbagai makanan tradisi yang menyelerakan. Namun demikian, saya hanya ingin berkongsi beberapa juadah yang paling sinonim dengan masyarakat Terengganu.

         
-diambil dari fb Professor Chef Zam
              Juadah yang paling sinonim dikaitkan dengan masyarakat Terengganu adalah nasi dagang.
Nasi yang harum disertai dengan ulam-ulaman serta ikan tongkol yang segar dibungkus di atas daun pisang ini boleh didapati di mana-mana warung di seluruh negeri Terengganu sebagai juadah sarapan pagi. Nama nasi dagang ini digunakan kerana juadah ini seringkali dibawa oleh masyarakat Terengganu dahulu ketika berdagang di luar negeri.


google image

             Juadah seterusnya adalah keropok lekor. Umum kita ketahui bahawa masyarakat Terengganu mempunyai makanan tradisional yang berasaskan ikan. Di negeri ini, ikan -ikan segar mudah didapati di mana-mana, sekalipun di daerah Hulu Terengganu berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain.
Rahsia keenakan keropok lekor adalah ikan yang baru sahaja naik dari laut diproses dengan segera. Meskipun dewasa kini banyak resepi keropok lekor di serata Malaysia, namun tiada yang dapat mengatasi keaslian di negeri Terengganu.


-google image

             Juadah pilihan saya yang ketiga adalah laksam. Ia merupakan antara pilihan sarapan kegemaran saya selain nasi dagang. Dibuat daripada nasi kepal yang dipotong setelah digulung, dimakan bersama kuah lemak yang dibuat dari santan dan isi  ikan yang segar. Tiada sarapan yang dapat menandingi laksam apabila disertakan juga dengan sedikit sambal belacan.




          Juadah yang terakhir menjadi pilihan saya adalah singgang. Di seberang laut natuna, masarakat Filipina juga mempunyai hidangan yang hampir serupa yang mana mereka panggil sebagai sininggang. Persamaan ini mungkin kerana kedua-dua cara hidup masyarakat Terengganu dan golongan persisir di Filipina yang rata-rata adalah nelayan. Resepi yang ringkas mencerminkan falsafah hidup orang masyarakat ketika itu. Namun  begitu, jika saya diberi pilihan untuk menikmati hidangan di hotel 5 bintang atau ikan singgang beserta budu, saya tidak akan teragak-agak memilih singgang.

           Sehingga di sini sahaja penulisan saya, InsyaAllah saya akan berkongsi mengenai lagu-lagu warisan Terengganu pada artikel seterusnya.

    

Comments

Post a Comment