Gunung Nombuyokong & Gunung Tambuyukon

Hari ini saya ingin menceritakan kepada anda serba sedikit mengenai kedua-dua gunung ini. kedua-dua gunung ini terletak di dalam Taman Negara Kinabalu. Gunung-gunung ini adalah antara gunung-gunung yang terbentuk diatas banjaran crocer yang mana banjaran Crocer ini merupakan gugusan tanah tinggi yang menjadi tulang belakang keseluruhan tanah besar di Negeri Sabah.

Kedua-dua gunung ini merupakan suatu ciptaan Tuhan kebangaan penduduk di sekitarnya terutamanya masyarakat di daerah Kota Marudu, Kota Belud dan Ranau bahkan juga diketahui ramai oleh masyarakat daripada daerah lain di Sabah. Namun kedua-dua gunung ini agak tidak terkenal di serata Malaysia walaupun Gunung Tambuyukon adalah merupakan gunung yang ke-tiga tertinggi di Malaysia. Ini mungkin kerana pembangunan kemudahan untuk menjalankan pendakian ke gunung-gunung ini agak terlewat sedikit berbanding dengan gunung-gunung yang lain yang terdapat di Malaysia.


maps.google.com


Gunung Tambuyukon

google.com
Imej menunjukkan rupa Gunung Tambuyukon. Menurut beberapa sumber gunung ini merupakan gunung yang ketiga tertinggi selepas Gunung Trusmadi di yang terletak di Banjaran Trus Madi 2,642mdpl (meter di atas permukaan laut), manakala gunung tertinggi di Malaysia yang namanya tidak asing lagi iaitu Gunung Kinabalu 4,095.2mdpl di Banjaran Crocer juga yang mana mampunyai banjaran yang sama dengan Gunung Tambuyukon. Oleh yang demikian berapakah agaknya tinggi gunung yang saya sedang bincangkan ini??

Ketinggian dari atas paras laut (Height above the sea level)?

Gunung Tambuyukon mempunyai ketinggian sebanyak 2,579.22mdpl. Ini bererti gunung ini mempunyai perbezaan sebanyak 1515.98 meter dengan Gunung Kinabalu.

                                              Papan tanda yang menunjukkan ketinggian 
                                                               gunung Tambuyukon
google.com

Jalan ke puncak

Terdapat 2 trek perjalanan pendakian ke puncak gunung Tambuyukon ini iaitu melalui trail Sub Stesen Sorinsim atau Sub Stesen Monggis. Jarak ke puncak gunung jika melalui Sub Stesen Monggis adalah 14 km manakala 16 km jika dari Sub Stesen Sorinsim.


Gambar menunjukkan Sub Stesen Sorinsim dan Sub Stesen Monggis.
 Sub Stesen Sorinsim ini termasuk dalam daerah Kota Marudu manakala
Sub Stesen Monggis termasuk dalam daerah Ranau.
google.com

Gambar menunjukkan Sub Stesen Sorinsim dan Gunung Tombuyukon
google.com

Gambar menunjukkan Sub Stesen Monggis dan Gunung Tombuyukon
google.com

Peta laluan ke Gunung Tombuyukon melalui Sub Stesen Monggis
google.com

Kemudahan dan perkhidmatan pendakian yang tersedia

Antara kemudahan yang tersedia adalah pondok pada sub stesen, tapak khemah, Malim Gunung dan porter
Pondok di sub stesen Monggis
google.com



Cabaran ketika mendaki Gunung Tambuyukon

Cabaran yang pasti akan dihadapi ketika mendaki gunung ini selain daripada penat lelah dan cuaca yang sejuk pada waktu malam adalah ketika berhadapan dengan pacat yang amat banyak.
cara untuk mengatasi cabaran ini adalah dengan menggunakan beberapa keperluan seperti Insect repellent, tembakau, Baygon, Panty Host dan stoking panjang. Elakkan juga memakai seluar berwarna hitam menurut blog yang pernah saya baca.
Cara menggunakan insect repellent adalah spray-kan (jenis spray) atau roll-kan (jenis roll) ke bahagian yang dijangka terdedah kepada pacat, tembakau pula letakkan dalam stoking atau dalam panty host pun boleh kalau ianya tidak menggangu keselesaan pergerakkan dan jika pacat sudah melekat pada bahagian anggota tubuh badan boleh basahkan tembakau tersebut dan kepilkan ke badan pacat tersebut. Baygon boleh spray ke bahagian seluar, kasut, stoking dan mana-mana yang berpotensi diserang oleh pacat. Panty Host dan stoking panjang disarankan menggunakannya untuk lain perlindungan.

Keindahan mendaki gunung ini

seperti gunung-gunung yang lain gunung Tambuyukon juga mempunyai keindahan pemandangan terutamanya sudah berjaya mencapai puncaknya. Sambil merasakan kelegaan setelah mencapai puncak, pendaki juga boleh mengambil gambar kenangan-kenangan dengan berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan juga bukit-bukau yang indah di paras bawahnya. Pencapaian ke puncaknya juga boleh menjadi inspirasi bagi diri sendiri kerana sudah mengharungi beberapa cabaran dan telah berjaya sampai ke puncaknya.

Pemandangan bukit-bukau yang masih hijau daripada
 gunung Tambuyukon
google.com
 Pemandangan Gunung Kinabalu daripada gunung Tambuyukon
google.com

Gunung Nombuyukon

Imej menunjukkan rupa Gunung Nombuyukon
google.com
puncak gunung dari tengah perjalanan
google.com


Ketinggian dari atas paras laut (Height above the sea level)?

Gunung Nombuyukon mempunyai ketinggian sebanyak 1,603.57mdpl. Ini bererti gunung ini mempunyai perbezaan sebanyak 1515.65 meter dengan Gunung Tambuyukon.

Papan tanda yang menunjukkan ketinggian gunung Nombuyukon
google.com

Jalan ke puncak

Terdapat 2 trek perjalanan pendakian ke puncak gunung Nambuyukon ini iaitu melalui trail Sub Stesen Sorinsim.

Peta laluan ke Gunung Nombuyukon melalui Sub Stesen Sorinsim
google.com

Kemudahan dan perkhidmatan pendakian yang tersedia

Antara kemudahan yang tersedia adalah lebih kurang sama dengan di sub stesen Monggis pondok pada sub stesen, tapak khemah, Malim Gunung dan porter


Chalet di Sub Stesen Sorinsim

google.com

Pondok atau gazebo perhentian rehat di dalam trail ke puncak 
gunung Nombuyukon
google.com

Cabaran ketika mendaki Gunung Nombuyukon

Cabaran untuk mendaki ke gunung ini lebih kurang sama dengan gunung TambuyukonCabaran yang pasti akan dihadapi ketika mendaki gunung ini selain daripada penat lelah dan cuaca yang sejuk pada waktu malam adalah ketika berhadapan dengan pacat yang amat banyak.
cara untuk mengatasi cabaran ini adalah dengan menggunakan beberapa keperluan seperti Insect repellent, tembakau, Baygon, Panty Host dan stoking panjang. Elakkan juga memakai seluar berwarna hitam menurut blog yang pernah saya baca.
Cara menggunakan insect repellent adalah spray-kan (jenis spray) atau roll-kan (jenis roll) ke bahagian yang dijangka terdedah kepada pacat, tembakau pula letakkan dalam stoking atau dalam panty host pun boleh kalau ianya tidak menggangu keselesaan pergerakkan dan jika pacat sudah melekat pada bahagian anggota tubuh badan boleh basahkan tembakau tersebut dan kepilkan ke badan pacat tersebut. Baygon boleh spray ke bahagian seluar, kasut, stoking dan mana-mana yang berpotensi diserang oleh pacat. Panty Host dan stoking panjang disarankan menggunakannya untuk lain perlindungan.

Keindahan mendaki gunung ini

Seperti gunung Tambuyukon dan gunung-gunung yang lain gunung Nombuyukon juga mempunyai keindahan pemandangan terutamanya sudah berjaya mencapai puncaknya. Sambil merasakan kelegaan setelah mencapai puncak, pendaki juga boleh mengambil gambar kenangan-kenangan dengan berlatarbelakangkan bukit-bukau yang indah di paras bawahnya. Pencapaian ke puncaknya juga boleh menjadi inspirasi bagi diri sendiri kerana sudah mengharungi beberapa cabaran dan telah berjaya sampai ke puncaknya. Terdapat juga pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan ke puncak ini seperti air terjun berhampiran dengan Pondok Aru atau gazebo perhentian rehat.

Pemandangan di puncak Gunung Nombuyukon
google.com


Air terjun berhampiran dengan Pondok Aru atau gazebo perhentian rehat
google.com

Terdapat juga beberapa jenis pokok yang jarang kita temui 
di luar kawasan Taman Kinabalu ini
google.com

Kawasan menarik yang lain iaitu Batu Penyangat yang boleh di tempat
 ini selain ke puncak gunung Nombuyukung
google.com

Nota Blog:

Cerita blog ini menceritakan gunung Tambuyukon dan gunung Nombuyukon yang mana boleh dikunjungi secara berterusan kerana ia berada di kawasan yang sama menurut kemampuan dan keinginan masing-masing.







Comments

Post a Comment