LAGU WARISAN TERENGGANU
Lagu Warisan Terengganu
Negeri Terengganu kaya degan pelabagai warisan kebudayaan terutamanya dari segi lagu dan tariannya. Seringkali kita dengar lagu- lagu mistik seperti ulek mayang,dan beberapa lagu pra-islam di terngganu, tetapi setelah kedatangan Islam, nyanyian masyarakat berubah menjadi bentuk nasihat dan tauladan.
Justeru, di sini saya ingin berkongsi beberapa lagu kegemaran saya dari dahulu hinggala sekarang.
Justeru, di sini saya ingin berkongsi beberapa lagu kegemaran saya dari dahulu hinggala sekarang.
Lagu yang pertama adalah inang rodat, seni rodat ini berasal dari tanah arab dan dikembangkan mengikut citarasa tradisi tempatan serta sendi kata yang bersesuaian dengan loghat terengganu. Sendi katanya banyak menceritakan tempat-tempat pesisir di pantai terengganu seperti Penarik, Kuala Setiu dan Pulau Kapas yang menjadi tempat persinggahan pedagang dahulu kala.
-slideshare Mohd Isa Barum |
Lagu seterusnya adalah 'kolek berkolek. Ini merupakan lagu kesukaan saya dan sering saya dendangkan ketika membantu pak cik saya memasang pukat di laut. Ianya mengisarkan kisah hidup nelayan terengganu yang bersabung nyawa mencari rezeki di tengah-tengah gelora Laut Cina Selatan.
-slideshare Mohd Isa Barum |
Seterusnya adalah lagu yang paling kerap didendangkan di radio serta sering dijadikan lagu persembahan ketika di bangku sekolah dahulu iaitu 'watimang landok'. Sendi lagu yang berimakan pantun ini dinyanyikan dalam loghat Terengganu dan adalah antara yang paling disukai dalam kalangan kanak-kanak.
-slideshare Mohd Isa Barum |
Tarian tradisional sering kali dipersembahkan seiring dengan lagu yang dimainkan. Lokasi yang sering digunakan adalah di tepi pantai yang menggambarkan masyarakat terengganu sebagai pedagang dan juga nelayan. Gambar di bawah menunjukkan tarian ulek mayang yang menceritakan kembali seorang nelayan yang kerasukan bunian.
-gambar tourism terengganu |
Sekian sahaja coretan saya setakat ini, tunggu artikel saya yang seterusnya mengenai tempat-tempat penting dan menarik di Terengganu.
saya tidak memuat naik sendi kata ulek mayang kerana ada berunsur syirik
ReplyDelete