Makanan Warisan Terengganu
Makanan Warisan Terengganu
Negeri Terengganu
mempunyai pelbagai makanan tradisi yang menyelerakan. Namun demikian, saya
hanya ingin berkongsi beberapa juadah yang paling sinonim dengan masyarakat Terengganu.
-diambil dari fb Professor Chef Zam |
Nasi yang harum disertai dengan ulam-ulaman serta ikan tongkol yang segar dibungkus di atas daun pisang ini boleh didapati di mana-mana warung di seluruh negeri Terengganu sebagai juadah sarapan pagi. Nama nasi dagang ini digunakan kerana juadah ini seringkali dibawa oleh masyarakat Terengganu dahulu ketika berdagang di luar negeri.
google image |
Rahsia keenakan keropok lekor adalah ikan yang baru sahaja naik dari laut diproses dengan segera. Meskipun dewasa kini banyak resepi keropok lekor di serata Malaysia, namun tiada yang dapat mengatasi keaslian di negeri Terengganu.
-google image |
Juadah yang terakhir menjadi pilihan saya adalah singgang. Di seberang laut natuna, masarakat Filipina juga mempunyai hidangan yang hampir serupa yang mana mereka panggil sebagai sininggang. Persamaan ini mungkin kerana kedua-dua cara hidup masyarakat Terengganu dan golongan persisir di Filipina yang rata-rata adalah nelayan. Resepi yang ringkas mencerminkan falsafah hidup orang masyarakat ketika itu. Namun begitu, jika saya diberi pilihan untuk menikmati hidangan di hotel 5 bintang atau ikan singgang beserta budu, saya tidak akan teragak-agak memilih singgang.
Sehingga di sini sahaja penulisan saya, InsyaAllah saya akan berkongsi mengenai lagu-lagu warisan Terengganu pada artikel seterusnya.
Nak rase laksam original dari Terengganu..:)
ReplyDeletehehe, jemputla datang rumah
DeleteENGLISH PLEASE HAHAHHAHAHAHAHAHA
ReplyDeleteuse google translate my dear
Delete