Ekspidisi Ke Gua Batu Maloi

Taman Eko-Rimba Batu Maloi
Credit: Jhay-son Minguel

Pada hujung minggu yang lalu iaitu pada 18.08.2019, kelas kami telah melaksanakan suatu projek ekspidisi ke Gua Batu Maloi. Projek ekspidisi ini adalah untuk memperlengkapi keperluan matapelajaran kami. Dengan adanya peluang ini kami telah dapat menimba ilmu berkenaan dengan keunikan alam semulajadi gua ini dan seterusnya mendapat pengalaman yang mencabar dan juga menyeronokkan.

Mari kita mengenal serba sedikit tentang gua ini. Gua Batu Maloi adalah salah satu tempat ekspidisi gua yang menarik dan juga mencabar yang ada di negara kita. Gua Batu Maloi merupakan sebuah gua granit yang terletak di semenanjung Malaysia. Gua ini terdapat di kawasan lembah antara dua puncak gunung di penghujung banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin. Gua ini mempunyai nilai sejarah daripada suku kaum Orang Asli yang telah menerokai gua ini pada zaman-zaman sebelumnya. Bahkan menurut cerita nama Gua Batu Maloi ini juga telah diambil bersempena dengan nama orang Asli iaitu Maloi. Namun jika dilihat daripada sumber lain, secara rasminya nama gua ini diambil daripada nama sebuah batu besar yang terletak di luar kawasan gua ini. Untuk mengetahui hubungan daripada nama orang Asli tersebut dengan nama batu tersebut, mungkin kita boleh telusuri dengan lebih mendalam di kesempatan lainnya.


Nama Gua Batu Maloi itu diambil bersempena 
dengan nama batu ini.
google.com

Gua ini terdiri daripada tindihan-tindihan batu yang mana tergolek daripada gunung-ganang yang berdekatan. Tindihan batu-batuan telah tersebut telah membentuk suatu laluan yang boleh dilalui oleh manusia. Di antara tindihan batu-batuan ini pula terdapat sebatang sungai yang mengalir di celah tengah-tengah lembah tersebut yang mana sungai itu berpunca daripada gunung tersebut. Keunikan gua ini telah menyebabkan ianya telah dijadikan suatu tempat kunjungan untuk melaksanakan ekspidisi.

Berbalik kepada cerita projek ekspidisi kelas kami.... Berikut adalah secara ringkas perjalanan ekspidisi kami.

Ketibaan ke kawasan Gua Batu Maloi adalah pada pukul 8:11 pagi. Pendaftaran telah dilakukan di tempat rehat berhampiran dengan pejabat pengurusan Gua Batu Maloi. Sebelum melakukan aktiviti seterusnya, kami telah dikehendaki untuk mengambil sarapan pagi oleh pensyarah matapelajaran kami bagi kekuatan atau tenaga sepanjang melaksanakan aktiviti penerokaan gua tersebut. Setelah itu kami bersiap dengan menukar pakaian kepada pakaian yang lebih sesuai untuk memasuki gua tersebut. Untuk menerokai gua tersebut, saya ingin menyarankan kepada para pembaca untuk memakai pakaian yang sesuai untuk menyelit ruangan-ruangan yang agak sempit, berdindingkan batu dan berpasir.  Antara pakaian yang sesuai adalah seluar track panjang, baju sukan lengan panjang, sarung tangan dan berkasut. Pakaian ini adalah penting untuk mengelakkan kecederaan kecil seperti pergeselan antara lutut, telapak tangan, lengan dan anggota badan anda yang lain dengan permukaan yang berpasir dan berbatu. Pakaian yang lain itu terpulang kepada anda untuk memakainya namun keempat-empat benda ini adalah sudah berbaloi cukup. Kami juga diwajibkan untuk membawa lampu sendiri untuk keperluan pengcahayaan di kawasan-kawasan yang gelap dalam gua tersebut.

Selepas itu, kami telah menghadiri taklimat ringkas oleh staf Gua Batu Maloi tersebut. Taklimat itu merupakan pengenalan kepada gua itu dan pemberitahuan akan peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga alam semula jadi gua itu terpelihara. Sebelum memasuki gua tersebut, kami dikehendaki untuk melakukan pemanasan badan (Stretching) untuk mempersiapkan anggota tubuh badan kami melakukan aktiviti yang agak lasak setelah itu. Kamudian kami juga telah dibekali makanan untuk persediaan kami jika kami memerlukannya.


Kumpulan kami untuk masuk ke dalam Gua Batu 
Maloi diketuai oleh Staf Cik. Rashihah
Imej dari Whatsapp


Penerokaan gua tersebut agak mencabar namun menyeronokkan. Terdapat beberapa trek laluan ke gua tersebut. Antara laluan yang paling mencabar diantaranya adalah trek sungai di sepanjang perjalanan. Trek ini agak mencabar tetapi ada keseronokannya tersendiri. Kumpulan kami pada hari tersebut melalui trek yang kurang mencabar dan agak pendek berbanding dengan trek perjalanan menelusuri sepanjang sungai tersebut. Namun, ianya juga tidak kurang tergolong dalam trek yang mencabar. Di sepanjang perjalanan, terdapat ruangan laluan yang perlu dilalui dengan merangkak, berenang, melutut sambil berjalan dan sebagainya. Dengan adanya bantuan daripada staf yang bertugas para pengunjung dapat melalui trek tersebut dengan menggunakan teknik yang betul. Hal lain yang menarik bagi saya adalah suhu air sungai tersebut yang mana secara semulajadi daripada gunung tersebut. Terdapat juga air terjun yang kecil di dalam gua tersebut menyeronokkan untuk disinggahi untuk saya nikmati pada waktu tersebut. Terdapat juga batu besar yang mempunyai sejarah orang asli di dalam gua tersebut yang mana berbentuk seperti perahu. Batu tersebut mempunyai ceritanya sendiri menurut kepercayaan orang asli di kawasan tersebut yang mana telah menjadi cerita staf gua tersebut kepada para pengunjung setiap kali sampai di tempat tersebut.

Salah satu tempat persinggahan di dalam gua tersebut. 
Batu di sebelah laterbelakang mereka adalah 
batu yang berbentuk kapal layar besar yang mana 
mempunyai cerita tersendiri oleh masyarakat Orang Asli
Imej dari Whatsapp

Selain daripada pengalaman penerokaan tersebut, kami juga mendapat peluang untuk mengenali beberapa kawan baru dan juga dapat mempelajari nilai bekerjasama di antara satu dengan yang lain. Setelah aktiviti meneroka gua tersebut selesai, kami singgah sebentar untuk melihat Batu Maloi dan kembali ke kawasan rehat berhampiran dengan pejabat pengurusan Gua Batu Maloi tersebut untuk mempersiapkan diri, makan tengah hari, mengambil gambar kenang-kenangan dan persiapan kembali ke destinasi masing-masing.

Gambar kenangan bersama-sama dengan rakan sekelas 
di persinggahan trek Gua Batu Maloi
Imej dari Whatsapp

Antara trek yang tidak tertutup oleh 
timbunan batu granite
Imej dari Whatsapp



Persinggahan hampir ke penghujung trek
Imej dari Whatsapp

Sempat mengambil gambar kenang-kenangan bersama 
Pensyarah kelas kami dan Cik Rashihah (Staf Gua Batu Maloi)
Imej dari Whatsapp






Comments

Popular Posts