Ekspidisi Meneroka Gua Batu Maloi (18 Ogos 2019)


           Gua Batu Maloi adalah satu daripada dua gua granit di Malaysia. Tidak seperti gua-gua lain yang terdiri daripada batu kapur, gua ini terbentuk oleh tindihan batu-batu besar yang bergolek dari penghujung banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin. Hasil daripada tindihan-tindihan batu granit tersebut membentuk laluan sempit yang dialiri anak-anak sungai serta menjadi habitat bagi kelawar.
jarak perjalanan dari akademi laut malaysia menuju batu maloi- google maps

              Perjalanan dari akademi kami menuju lokasi memakan masa kira-kira satu jam setengah menaiki bas. Setibanya kami ke lokasi, Puan Rashihah Nordin, #RNRAdventures, memberi taklimat mengenai keselamatan dan pengenalan ringkas. Kami memulakan ekspidisi kami dengan memanaskan badan serta bacaan doa.

-Batu Maloi, batu yang diambil namanya merupakan sebuah batu tunggal berhampiran laluan gua tersebut
             
             
Gambar kelas bersama dengan pensyarah kami, Puan Hanim Zainal serta 'guide kami Puan Shiha dan Mummy
             Pakaian yang sesuai adalah berlengan panjang serta pakain air, yang tidak memberatkan. Bagi yang ingin membawa peralatan elektronik adalah digalakkan membawa beg kalis air bagi mengelakkan kerosakan kerana hampir kesuluruhan laluan memerlukan pergerakan melepasi laluan anak-anak sungai yang deras.
-bergambar di dalam gua  di atas batu- batu granit yang membentuk bayangan perahu layar
                Terdapat juga laluan yang memerlukan mental serta keberanian melepasinya seperti menyelam di bawah paras air untuk beberapa ketika sebelum tiba di 'checkpoint yang seterusnya. Tanpa lampu kepala, aktiviti sangat sukar dan mencabar serta tidak dapat menikmati keseluruhan perjalanan. Terdapat juga lakaran-lakaran di atas batu-batu granit serta banyak cerita-cerita turun menurun yang diwarisi oleh daripada nenek moyang masyarakat setempat.

bergambar setelah selesai aktiviti
             Tempoh aktiviti adalah sekitar 2 hingga 3 jam bergantung kepada cuaca serta paras air. Adalah diingatkan untuk semua agar sentiasa menjaga kebersihan serta tidak membuang sampah merat-rata supaya orang lain juga dapat turut menikmati keindahan alam semula jadi seadanya.



-splash time!!!
               Sekian..................












Comments

Popular Posts