Maliau Basin

google.com
Maliau Basin merupakan suatu kawasan pemuliharaan hutan yang terletak di Sabah. Hutan ini merupakan suatu hutan yang terbaik yang ada di Malaysia. Ini kerana ianya belum diterokai oleh manusia. Hutan ini dianggarkan berumur berjuta tahun. Ia dikenali juga sebagai sebutan The Lost World of Sabah. Maliau Basin kaya dengan khazanah alam yang sangat cantik dan indah. Dikatakan bahawa terdapat 12 jenis hutan di Maliau Basin ini. Salah satu jenis hutan yang amat menarik adalah Mossey Forest. Agaknya seperti apakah hutan itu ya? terdapat pernyataan bahawa Mossey Forest yang terdapat di dalam hutan Maliau Basin ini adalah seperti hutan pada 'Alice in Wonderland'. Jika seperti itu, mesti ramai di antara mempunyai perasaan sama seperti saya yang ingin menikmati suasana Maliau Basin ini.

Maliau Basin merupakan Hutan kelas pertama yang mana tidak boleh dilakukan sebarang ancaman kepada alam sekitarnya pada masa kini dan pada masa akan datang. Ia disempadani oleh tubir atau seolah-olah mempunyai jurang garis pemisah daripada daratan tanah di sekitarnya yang mencecah 1, 675 meter dari paras laut. Ini menyebabkan ia kelihatan seperti sebuah besen berdiameter 25 km  jika dilihat daripada pandangan udara ke bawah tanah dan mempunyai cerun yang mengerunkan. Bagaimanakah ia terhubung dengan dunia luar adalah hanya melalui aliran sungai Maliau Basin yang mengunjur ke arah sungai Kinabatangan. Jika seperti itu, kawasan Maliau Basin ini pasti mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana ia terpisah daripada suasana alam di sekitarnya.

Tempat ini sangat menarik untuk diterokai walaupun mempunyai cabaran sepertimana hutan-hutan yang lain yang ada di Malaysia namun saya yakin bahawa cabaran ini dapat diatasi dengan kenikmatan keindahan yang kita lalui di sepanjang perjalanan penerokaan kita di dalam hutan ini.

Terdapat data mengatakan tentang kandungan flora dan fauna di dalam Maliau Basin ini adalah sangat banyak. Para penyelidik tentang flora dan fauna yang terdapat di dalam dan luar negara juga sering menjadikan Maliau Basin sebagai tapak penyelidikan bagi mereka selain daripada hutan-hutan atau taman negara yang lain yang ada di Malaysia.


Maliau Basin melalui pandangan udara
google.com

Maliau Basin melalui pandangan udara dengan lebih dekat sedikit
google.com
Sungai Maliau
google.com
Antara pokok  yang terdapat di Maliau Basin
google.com



Comments