Mint

Mint merupakan tanaman keluarga Labiatae. Terdapat lebih daripada 3,200 jenis mint. Antara yang termasuk di dalam keluarga mint adalah rosmari(yang pernah saya bahaskan pada blog saya sebelumnya), lavender, peppermint dan spearmint.

Antara produk yang diperbuat daripada daun mint adalah seperti sabun mandi, pewangi atau minyak wangi (porfume), ubat gigi, gula-gula dan makanan kecil. Ini bererti mint boleh dihasilkan kepada produk makanan sehinggalah produk kosmetik.

Terdapat beberapa kahsiat daun mint antaranya adalah daun mint boleh membantu mengatasi masalah perut. Minyak peppermint boleh membantu mengurangkan kesakitan perut, perut yang tidak selesa dan beberapa daripada gejalah lain terhadap perut. Ianya berfungsi sedemikian kerana daripada zat anti-spasmodik daripada tindak balas methanol yang ada pada daun mint.

Selain itu daun mint juga memiliki zat anti-inflamasi. Daun mint mangandungi phytonutrients dan zat yang sama fungsinya dengan zat anti-oksidan. Zat anti-oksidan ini akan mengurangkan kadar kerosakan sel akibat daripada tekanan pengoksidaan

Khasiat daun mint juga adalah untuk meningkatkan kekebalan tubuh seseorang. 1/4 daripada spearmint memberikan hampir setengah daripada keperluan tubuh akan vitamin A. Ia dapat membantu mengurangi risiko kita terkena penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kenser yang lain.

Selain daripada itu, kandungan daun mint yang kaya dengan vitamin A juga dan beta-karotein juga akan dapat membantu dalam menjaga kesihatan mata. Orang tua dan yang memiliki gangguan penglihatan disyorkan untuk mengkonsumsi daun mint secara rutin bagi mengelakkan gangguan penglihatan mata bertambah teruk.

Daun mint juga dapat mengurangkan kandungan garam (sodium) dalam badan seseorang. Apabila kita mengurangkan penambahan garam pada campuran makanan kita maka ia akan menghasilkan rasa yang tidak sedap disebabkan oleh ketidakseimbangan rasa garam tersebut. Namun dengan adanya campuran daun mint maka ia boleh membantu membataskan penggunaan garam pada makanan dan tanpa mengurangi rasa keenakannya.

Daun Mint
google.com

Daun Mint dengan bunganya
google.com

Salah satu kaedah penanaman Mint adalah 
menanamnya di dalam pasu
google.com

Produk minuman seperti teh Mint
google.com

Syampu
google.com


 Gula-gula Mints
google.com


 Produk pencuci pinggan
google.com






Comments