Pulau Sipadan

Pulau Sipadan

google.com

Pulau Sipadan (Sipadan Island) merupakan sebuah pulau lautan yang berhampiran dengan bandar Semporna di Sabah, Malaysia. Pulau ini adalah daripada batu kapur dengan mempunyai 600 meter ketinggian daripada dasar laut. Pulau yang terdiri daripada batu kapur di Malaysia adalah hanya pulau ini. Pulau ini adalah salah satu destinasi yang sangat menarik bagi aktiviti skuba (Scuba diving) bahkan adalah termasuk antara yang terbaik di dunia. Pulau ini juga termasuk di dalam senarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik di dunia pada tahun berakhir Julai 2009 mengikut undian umum yang telah dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes committee).

Keindahan Alam bawah laut ciptaan Tuhan di sipadan menawarkan keindahan yang amat menyeronokkan kepada para penyelam. Pemandangannya penuh dengan kehidupan Marin seperti Barracuda, penyu, ikan dan sebagainya. Kepelbagaian hidupan marin yang banyak disertai dengan warna-warna yang banyak dan bertukar ganti daripada kehidupan itu, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang sangat memuaskan hati mereka yang berkesempatan melihatnya melalui selaman.

Untuk pengetahuan anda, pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal dapat dikekalkan sehingga kini oleh kerana perlindungan tersebut. Pulau ini juga merupakan benteng terakhir bagi kehidupan liar jerung kepala tukul.

Antara kawasan popular yang ada di sekitar pulau Sipadan adalah "Hot spot centre to scuba divers" seperti Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran dengan jet utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Satghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.


Terdapat beratus-ratus spesis batu karang yang mana sebagai habitat 
atau tempat tinggal kepada lebih daripada 3,000 spesis ikan
google.com

Barracuda Point
google.com


Drop Off
google.com

Sekumpulan penyu kelihatan ada di lokasi Drop Off
google.com

Turtle Cave. Bahagian yang menarik dalam aktiviti selaman adalah di lokasi ini
google.com

Hanging Garden
google.com

Coral Gardens
google.com


Lobster Lair
google.com

Lokasi south point. Di sini terdapat arus yang kuat 
menyebabkan banyak hidupan liar ditarik
google.com


Mid-Reef
google.com

Terdapat banyak lagi yang pastinya perlu dilihat oleh mereka yang ingin mencicipi keindahan hidupan laut ciptaan Tuhan di pulau Sipadan ini. Kepada para pembaca yang ingin mendapat pengalaman untuk menyelam di tempat ini saya sarankan untuk membuat perancangan yang baik bermula daripada sekarang atau di masa yang selesa bagi kalian.







Comments