Rosmari

Rosmari adalah sejenis tumbuhan herba. Ia adalah keluarga Lamiacae dan berasal daripada kawasan Mediterranean. Antara kegunaan tumbuhan ini adalah boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan, herba, untuk pelbagai guna dalam masakan dan ubatan. Tumbuhan ini juga dikatakan dapat membantu untuk meningkatkan memori. Daun Rosmari pula boleh dijadikan sebagai perisa pelbagai jenis makanan seperti ketika kita memanggang daging.

Beberapa kahsiat rosmari berdasarkan beberapa kajian iaitu ia bersifat antibakteria, antikulat, antioksida dan antitumor. Ia juga menimbulkan hiperglisemia, menghalang pembebasan insulin dan juga boleh dijadikan racun serangga.

Namun ia ia akan bersifat racun apabila digunakan secara berlebihan. Ia juga tidak sesuai kepada wanita yang sedang hamil. Dos yang tinggi pula akan menyebabkan penyakit sawan dan mengundang kematian (namun ia jarang berlaku, cuma perlu diambil perhatian).

Ia juga bersifat antiseptik, menurunkan tekanan darah dan kadar degupan jantung, digunakan dalam farmasi dan ubat gigi. Tetapi ia boleh menyenbabkan dermatitis kalau digunakan dalam cara pekat pada kulit yang sensitif.

Oleh itu ia boleh disimpulkan sebagai sesuatu tanaman yang mempunyai kelebihan dan juga keburukan apabila digunakan dengan tidak benar seperti menggunakannya secara berlebihan. Perlunya bimbingan daripada seseorang yang lebih berpengetahuan mengenai tumbuhan ini

Untuk kaedah menanam sehingga kepada kaedah penuaian hasilnya boleh kita bahaskan di blog saya yang seterusnya menurut permintaan para pembaca.

Tanaman Rosmari
google.com

Bunga rosmari cantik oleh sebab itu ia boleh dijadikan sebagai tanaman 
hiasan selain dijadikan sebagai herba ubatan 
google.com


 Tanaman rosemari berguna sebagai herba ubat-ubatan
google.com


Biji benih Rosmari

google.com






Comments