Tuhau
Tuhau adalah sejenis ulam yang tumbuh meliar di Hutan Hujan Tropika yang letaknya di pulau Borneo. Tumbuhan ini lebih popular di bahagian utara Borneo iaitu di negeri Sabah.
Tumbuhan ini dikenali dengan nama saintifiknya iaitu E coccinea. Nama Tuhau pula telah lama diperkenalkan oleh suku Kadazan dan Dusun di negeri itu. Nama ini agak pelik bagi sesetengah orang yang tidak mengenali tumbuhan ini lagi-lagi bagi mereka masyarakat semenanjung.
Kepada kawan-kawan saya yang ingin mengenal bagaimana rupa pokok ini, bagi kawan-kawan yang tinggal di semenanjung tanah air, Tuhau ini menyerupai pokok kantan.
Bagi suku Kadazan dan Dusun tuhau merupakan suatu jeruk yang amat popular di kalangan masyarakat seperti juga budu yang amat popular bagi masyakat orang Kelantan menurut maklumat dari kawan saya yang berasal dari Kelantan.
Nak cerita sedikit tentang jeruk ini bagi pandangan saya. Jeruk ini pada pertama kali saya mencubanya tidaklah menarik sangat tetapi setelah mencubanya sekali lagi ditambah dengan makan mee sup ayam keenakannya sukar untuk dilupakan terutamanya ketika dihidangi dengan mee sup ayam lagi. Hehe. Namun perlu diingat bahawa cara pengolahan jeruk tuhau ini juga adalah suatu yang perlu dititikberatkan. Tambahan perasanya seperti cuka makan, cili, bawang putih harus secukupnya dengan tidak berlebihan atau kurang.
Ok, sekarang saya akan menunjukkan kepada kawan-kawan serba sedikit imej tuhau yang telah saya ceritakan tadi…..
Inilah contoh habitat pokok Tuhau yang banyak didapati
di Sabah iaitu Hutan Hujan Tropika...
Google.com |
Pokok Tuhau...
Google.com |
Jeruk tuhau siap untuk dihidangkan..
Google.com |
Jeruk yang siap untuk disimpan atau dijual...
Google.com |
lain kali datang semenanjung bawak la sekali, boleh kami merasa
ReplyDeleteBoleh bah kalau kau.. :)
Delete