Sejarah Bandar Kuala Berang
|
Jalan menuju ke Kuala Berang
-wikipedia |
|
Kuala Berang yang merupakan ibu daerah Hulu Terengganu pada masa kini menyimpan seribu satu sejarah yang jarang kita dengar dan sering dilupakan. Ia merupakan ibu negeri Terengganu sebelum berpindah ke Kuala Terengganu. Diberi nama Kuala Berang kerana pertemuan antara dua sungai ,iaitu Sungai Berang dan Sungai Tersat. Ia dikenali oleh pedagang Cina sebagai sebuah pelabuhan entrepot dengan nama Tan-Tan ataupun Fo-Lo-An sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama "Ling Wai-Tai Ta" karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178. Para pedagang dari pelusuk Alam Melayu, Arab, Parsi, India dan Cina datang untuk membeli emas, perak, timah serta hasil hutan seperti gahara dan sbagainya.
Pada zaman dahulu,Sungai Terengganu airnya cukup dalam untuk sebuah kapal mudik dari muara Sungai Terengganu hinggalah ke Kuala Berang berikutan tidak lagi terbina empangan kenyir.
|
kelihatan tunggul pokok mati yang menjadi habitat akuatik
-ihsan pelancongan terengganu |
Dewasa kini, bandar ini menjadi tempat persinggahan bagi pelancong asing dan dalam negara sebelum berangkat ke tasik Kenyir. Tasik buatan yang terhasil dari pembinaan stesen janakuasa hidroelektrik ini menjadi syurga bagi kaki pancing dek 'keganasan' ikan toman serta ikan-ikan air tawar yang lain seperti kelah dan sebagainya.
|
sebuah rumah bot yang menyusuri sepanjang tasik
-ihsan pelancongan terengganu.blogspot |
Sebelum kedatangan Islam, penduduk Kuala Berang beragama Buddha hasil penyebaran yang dilakukan oleh kerajaan Sri Vijaya yang berpusat di Cahaya dan Palembang. Namun setelah kedatangan pedagang-pedagang Muslim dari tanah Arab, Parsi dan India, penduduk di negeri ini telah memeluk Islam sepenuhnya. Bukti ini dapat dilihat pada sebuah Batu Bersurat/Prasasti yang menerangkan hukum syara; serta hudud seawal abad ke 13 lagi. Batu bersurat ini menjadi bukti bahawa hukum Islam telah diterima pakai dan diamalkan sekurang-kurangnya 500 tahun sebelum kedatangan penjajah British
|
Replika batu bersurat yang menjadi mercu tanda bagi bandar bersejarah ini
-ihsan google image |
Bandar ini juga menjadi saksi perjuangan menentang penjajah British yang mengenakan cukai terhadap tanah serta hasil tani rakyat Terengganu. Pemberontakan tersebut dipimpin Abdul Rahman Limbong serta terkenal dengan slogannya bahawa tanah yang mereka usahakan adakah milik Allah dan bukannya British. Penentangan yang kuat terhadap British menyebabkan negeri ini tidak menjadi tumpuan utama British untuk mengaut hasil bumi serta kurangnya kepelbagaian kaum seperti di negeri-negeri lain di pantai barat.
|
Hj. Abdul Rahman Limbong
-ihsan yadim.com
|
Maklumat lanjut mengenai sejarah bandar ini boleh didapati melaui pautan berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=ZOeCOpsSHEI&feature=youtu.be
|
my hometown
ReplyDeleteMakanan warisan dkt Kuala Berang ada tak?
Deletetunggu kemasukan seterusnya:)
Deletemantabb
ReplyDelete