Raja Iskandar Shah (1402-1414)

Raja Iskandar Shah a.k.a. Parameswara seperti yang digambarkan di dalam filem Dang Anom (1962)

                Pada hari in saya ingin menulis mengenai satu tokoh yang menjadi tokoh bagi masyarakat Melayu di seluruh nusantara. Beliau tidak lain dan tak bukan adalah Raja Iskandar Shah atau namanya sebelum Islam iaitu Parameswara. Beliau merupakan raja terakhir kerajaan Singapura yang melarikan diri dari serangan Majapahit.

                Singapura pada ketika itu merupakan sebuah kerajaan yang kecil, tetapi menjadi tumpuan pedagang baik dari negeri atas angin mahupun bawah angin. Akibat daripada kemakmuran dan kemasyhuran Singapura pada ketika itu, ia telah diserang beberapa kali oleh kerajaan Majapahit sehingga akhirnya tewas akibat pembelotan oleh bendaharanya sendiri iaitu Sang Rajuna Tapa.

      
-suku orang laut(wacana.co.)
                 Parameswara berundur ke pesisir barat semenanjung bersama-sama pengikutnya yang setia yang terdiri dari pembesar serta orang laut. Suku Orang Laut ini merupakan orang asli di kepulauan Melayu serta kawasan pesisir sama seperti orang asli dari suku Jakun dan Semang yang asli di kawasan pedalaman. Tugas utama orang laut adalah untuk menjaga perairan selat melaka dari ancaman lanun serta menunjukkan jalan bagi pedagang-pedagang ke arah pelabuhan. Pada masa kini tugas mereka bolehlah disamakan seperti Pengawal Pantai atau CoastGuard dan Port Pilot.


-peta kepulauan riau, tempat kebanyakan orang laut menetap
                 Kebijaksanaan Parameswara dalam menggunakan kemahiran orang laut telah merubah keadaan perkampungan nelayan di sungai Bertam dimana baginda memilih untuk membuat negeri menjadi sebuah pusat perdagangan yang masyhur dari timur ke  barat. Kesetiaan Orang Laut yang tidak berbelah bagi ini adalah kelangsungan kepada pemerintah Srivijaya dan Singapura lama.

-jong cina yang dinaiki Cheng Ho (gambar dari BH Online)
                 Tidak cukup dengan kemahiran orang laut, baginda menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Cina, diikuti oleh kerajaan Siam dan Majapahit. Ini merupakan langkah diplomatik yang bijak terbukti menyelamatkan Melaka dari ancaman musuh. Kemahiran diplomatik yang dimiliki baginda juga telah memenangkan hati saya sebagai penulis untuk meletakkannya sebagai seorang tokoh yang telah membina sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah pelabuhan entrepot antarabangsa.
   
                 Menurut sejarah dari Cina, khususnya dalam catatan Cheng Ho, Parameswara telah diislamkan oleh beliau sewaktu lawatan kedua beliau di Melaka. Sudah menjadi adat orang Melayu taat setia kepada rajanya, maka setelah Raja Melaka tersebut memeluk Islam dan menukar namanya menjadi Raja Iskandar Shah, lantas diikuti oleh sekalian rakyatnya, berbondong-bondong memeluk agama Islam. Ini menjadikan Melaka sebagai tempat tumpuan pedagang-pedagang Muslim setelah runtuhnya kesultanan  Samudra Pasai akibat serangan Majapahit.


-peta kepulauan melayu yang menjadi tarikan kepada penjajah eropah kerana rempah ratusnya
                   
                 Salah satu sebab mengapa saya memilih Raja Iskandar Shah adalah kerana sikapnya yang optimistik serta tidak mudah putus asa setelah dibelot oleh menterinya, dan hancur binasa kerajaannya di Singapura oleh Majapahit. Bermula dengan memajukan sebuah perkampungan nelayan, kepada sebuah pelabuhan entrepot memerlukan kemahiran ilmu perdagangan, pengurusan serta diplomatik dengan negara-negara serantau.

                Sewaktu zaman pemerintahan beliaulah istilah Melayu diberi nafas baru iaitu penduduk asal nusantara yang beragama islam. Suku-suku orang asli, orang laut dan serpihan-serpihan kerajaan Srivijaya yang beragama islam dan berkongsi budaya yang sama juga didefinisikan sebagai Melayu.
               
-gambaran peluki mengenai kesibukan kota melaka
                Catatan dari sumber-sumber Cina dan Portugis menggambarkan kesibukan kota Melaka sebagai pelabuhan terkaya dunia. Malah, Tome Pires, seorang pencatat Portugis telah mengakui bahawa sesiapa yang menguasai Melaka, dia menguasai Venice. Usaha Raja Iskandar Shah yang meletakkan batu asas melaka sebagai pusat perdagangan dengan cara yang aman. Baginda juga menunjukkan sikap yang terbuka serta berlapang dada dengan berbaik sesama Majapahit dan tidak membalas dendam terhadap kerajaan warisan nenek moyang mereka yang telah hancur di Singapura.

                   

jajahan takluk kesultanan Melaka (sumber buku teks sejarah tingkatan 4)
               Kesimpulannya, usaha-usaha membina negara dapt dilakukan dengan aman meskipun hancur tinggal debu. Kemahiran berdiplomatik serta perhubungan antarabangsa ini mengingatkan saya terhadap Dato Onn dan Tuanku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan dari British secara aman.













Comments