Permainan tradisional di kampung halamanku

Zaman kanak-kanak merupakan suatu zaman yang mempunyai kisah menariknya yang tersendiri. Menurut pengalaman saya secara peribadi pada usia lingkungan  6 hingga 11 tahun terdapat suatu perasaan kebebasan yang mana seperti kanak-kanak pada umumnya. Pada lingkungan umur tersebut, kanak-kanak lebih ghairah menjalani pergaulan dengan sesama rakan-rakan sebaya mereka lebih daripada bergaul dengan orang-orang yang lebih matang dari segi kehidupan. Mereka pada lingkungan umur kanak-kanak tersebut belum mampu untuk memikul tanggungjawab-tanggungjawab yang mana boleh dipikul oleh orang-orang yang lebih jauh dewasa daripada mereka. Kebanyakan daripada mereka belum terbuka dan tidak memahami lagi akan selok-belok perjalanan kehidupan mereka yang lebih dewasa tersebut. Namun di kalangan mereka pula iaitu kanak-kanak tersebut, terdapat keterbukaan yang sangat kuat. Mereka sangat suka untuk melakukan kegiatan bersama-sama di antara mereka. Mereka lebih selesa untuk bergurau, bermain dan berkongsi idea di kalangan mereka . Oleh yang demikian, di zaman kanak-kanak ini terdapatnya idea-idea permainan yang sederhana telah tercipta namun amat menarik bagi mereka. Permainan tersebut merupakan permainan digelar sebagai permainan tradisional.

Permainan tradisional tersebut adalah seperti Aci sorok, baling selipar, baling tin, cari cucu, galah panjang, guli, konda kendi, laga biji getah, lompat getah, sepak bulu ayam, sorok sorok, susun selipar, mandi sungai, rebut tiang dan banyak lagi. Namun saya hanya hanya menceritakan permainan konda kendi yang mana agak popular di kalangan kanak-kanak pada zaman saya.

Di kampung halaman saya permainan konda kendi ini popular dengan nama ridi. Nama tersebut berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu 'ready". Sebenarnya perkataan ini telah diambil daripada ayat penuh "are you READY?". Sehinggalah sekarang nama permainan tersebut dikenali sebagai ridi atau main ridi di kalangan masyarakat di kampung halaman saya.

Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan atau secara berkumpulan. Contohnya individu A akan melawan individu B atau kumpulan A melawan kumpulan B. Pemenang akan dikira menang melalui pungutan kiraan mata yang tertinggi.

Memulakan permainan Konda kendi
Credit : Normila
Level seterusnya untuk pemain pertama yang menguasai permainan 
untuk mendapatkan markah pertama
Credit : Normila

Peralatan yang diperlukan adalah sepasang kayu. Peraturan untuk kayu tersebut adalah harus mempunyai perbezaan ukuran panjangnya. Tujuannya adalah kayu panjang merupakan kayu pemukul dan manakala kayu yang lebih pendek tersebut merupakan kayu yang akan dipukul. Jika kayu secara sengaja atau tidak tersalah fungsinya maka pemukul tersebut akan serta-merta dihilangkan kelayakannya untuk membuat pukulan. Lawannya yang akan dilayakan untuk mendapatkan markah atau mendapatkan posisi sebagai pemukul pula sehingga dia kedapatan melakukan kesilapan dari segi peraturan atau kayu yang dipukulnya sempat ditangkap oleh pihak lawannya sebelum kayu tersebut menyentuh tanah atau lantai.
Credit : Normila

Lubang yang digunakan sebagai tempat untuk memulakan 
permainan dan titik pengiraan markah.
Credit : Normila

Permainan tradisional seperti ini sudah lama ditinggalkan oleh kanak-kanak pada zaman sekarang ini. Ini kerana wujudnya permainan yang baru atau lebih kepada ke arah permainan moden namun jika permainan ini dibahaskan kembali ianya boleh mencuit hati dan kita akan menyedari bahawa setiap generasi terdapat kekreatifannya tersendiri.




Comments

Post a Comment

Popular Posts